Tentang Kami


ShoutMix chat widget
















Ikhwah Design Enterprise adalah sebuah syarikat yang didaftarkan dibawah SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia)


Pusat beroperasi kami adalah di:


No 23 Jalan Kebaya 10/3, seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.


Hubungi kami di 0134618581 (En Syafiq) atau

melalui email ikhwahdesign@gmail.com


Soalan Lazim

1. berapa lamakah kadar kad boleh disiapkan?

Dengan mengandaikan anda boleh mengesahkan artwork dalam masa 1 hari, kad boleh disiapkan dalam masa kurang 2 minggu, insyaAllah..Tetapi pihak kami hanya akan memberi jaminan dan bertanggungjawab sekiranya kad anda masih tidak sampai ke rumah anda dalam masa 3 minggu.

2. Bolehkah saya meletak gambar di dalam kad? Ada sebarang caj dikenakan? Gambar yang bagaimana saya perlu hantar?

Anda boleh meletak gambar di dalam kad, tiada sebarang caj dikenakan. Gambar perlu diberi dalam bentuk digital, melalui email bersama borang tempahan soft copy. Pastikan memberi gambar dengan resolusi tidak kurang 300dpi (dot per inch), saiz 1 mb (megabait) ke atas. Bagi yang tempah offline(shah alam), anda boleh memberi gambar hard copy untuk kami imbas(percuma) dan gambar akan dipulangkan semasa penghantaran kad di rumah anda.

3. Boleh terangkan perbezaan jenis kertas yang digunakan untuk membuat kad ?

a) Simili 140gsm = 2 kali tebal kertas A4 biasa (yang biasanya 70 ke 80gsm), tidak licin, masih lembut, tidak sekeras kad standard tetapi masih sesuai untuk dibuat kad.

b) Artcard 230gsm =  ketebalan kad standard dan kertas licin dan berkilat dengan gloss laminate.


4. Adakah kad kami akan dapat kad 100% sama seperti yang ditempah?

Untuk saiz, bilangan dan artwork, ya! Kami memberi jaminan anda akan mendapat tempahan anda sama seperti yang ditempah.Anda boleh membatalkan dan meminta kembali wang pendahuluan jika ciri-ciri kad tidak menepati seperti yang di dalam borang dan artwork yang telah disahkan.

Tetapi warna artwork anda mungkin akan berbeza sedikit dari artwork yang telah disahkan. Perkara ini akan berlaku dimana sahaja tempat yang anda pilih untuk membuat kad. Ini kerana setakat ini, tiada lagi teknologi percetakan offset yang akan memberi 100% warna yang sama seperti yang dikehendaki. Namun sedikit perbezaan warna itu tidaklah nampak ketara.


5. Bolehkah kami membayar menggunakan kad kredit?

Tidak. Kami hanya menerima cash dan fund transfer sahaja.




 


This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola